Persepsi mengenai kestabilan politik negara perlu ditangani dengan baik bagi meyakinkan pelabur asing ketika nilai ringgit terus melemah, kata menteri besar Kedah.

“Mereka (pelabur) akan mempunyai wang lebih dan untuk setiap pelaburan yang dikeluarkan di negara ini.

"Namun begitu, persepsi mengenai kestabilan politik negara perlu ditangani dengan baik dan kerajaan juga perlu berusaha keras agar dapat meyakinkan mereka (pelabur) bahawa ia adalah sebaliknya," kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata demikian di Hotel Pullman Kuala Lumpur hari ini.

Sementar itu, ketika ditanya mengenai perkembangan projek lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Mukhriz memberitahu pihaknya sedang menunggu kajian daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jelasnya, ketika ini EPU masih menjalankan kajian mengenainya dan kerajaan negeri masih menunggu perkembangan terbaru mengenainya.

"Pada ketika ini, projek berkenaan juga telah menarik minat banyak pelabur luar seperti dari China dan beberapa negara lain," katanya.