Ku Nan tegur PKR menyaman 'sesuka hati'
Diterbitkan: Aug 13, 2015 1:38 PM | Dikemas kini: Aug 13, 2015 4:39 PM
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya sedang mendapatkan pembatalan berhubung saman sivil yang PKR terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka tidak boleh buat begitu, sesuka hati menfailkan saman.
“Kami akan cuba dapatkan perintah gugurkan saman tersebut," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Putrajaya hari ini.
PKR semalam menerusi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar menfailkan saman terhadap perdana menteri berhubung derma RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akuan peribadinya.

