Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit jatuh, PM salahkan spekulasi politik
Diterbitkan:  Aug 13, 2015 8:18 PM
Dikemaskini: Aug 14, 2015 4:33 AM

Setelah lama berdiam diri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara ketika nilai ringgit berada pada tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).

Najib cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.

“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara,” katanya.

Beliau juga mengingatkan laporan terkini Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan stabil dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

Najib mengenal pasti beberapa masalah berkaitan kejatuhan nilai ringgit, termasuk menyalahkan “spekulasi politik keterlaluan”.

  • Tindakan China menurunkan mata wang Yuan menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN lain.

 

  • Penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.
  •  

  • Jangkaan bahawa AS akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana ke dalam mata wang negara itu.
  •  

  • Adanya mainan dan spekulasi politik keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.
  • Lihat Komen
    ADS