Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tarikh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno masih belum diputuskan dan walaupun wujud spekulasi, namun para pemimpin parti itu bertegas bahawa ia bukan kerana presiden mereka takut untuk berdepan dengan kepimpinan pusat.

 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak sebarang tanggapan bahawa Presiden Datuk Seri Najib Abdul Razak keberatan untuk berdepan dengan pemimpin utama parti itu kerana takut dihujani soalan mengenai 1MDB dan rombakan kabinet.

 

Tidak timbul isu tersebut, tegas Nazri, yang mendakwa bahawa Najib telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

"Beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk takut. Semua orang tahu tentang (1MDB)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

 

Parti itu dikatakan sekali lagi menangguhkan mesyuarat MT disebabkan ahli-ahli telah menunjukkan rasa tidak senang mereka terhadap keputusan Najib untuk merombak kabinet, seperti yang disiarkan dalam Malaysian Insider .

 

Laporan itu yang memetik sumber berkata, Umno masih belum membuat keputusan sama ada mesyuarat pada 28 Ogos akan diadakan seperti yang dijadualkan.

 

Umno telah menangguhkan mesyuarat MT pada 31 Julai berikutan rombakan kabinet bagi mengelak ketegangan antara pihak dalam parti.

'Boleh tanya bila-bila masa'

 

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan mengesahkan bahawa parti itu masih belum menetapkan tarikh baru bagi mesyuarat MT.

 

"Mereka boleh tanya soalan pada bila-bila masa - esok atau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi; tak ada masalah," katanya.

 

Nazri berkata berkata, Najib akhirnya akan terpaksa juga memanggil perhimpunan (agung) parti.

"Mereka juga boleh membangkitkan isu di sana," kata Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

 

Sementara itu,  Datuk Bung Moktar Radin berkata p arti itu tidak perlu menangguhkan mesyuarat MT untuk kali kedua.

Beliau yang juga ahli MT dan timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) berkata, semua orang sudah sejuk setelah mempunyai masa untuk berfikir tentang hal itu.

Oleh itu, katanya, ini adalah masa yang baik untuk memanggil mesyuarat MT, sambil menambah bahwa Najib 'smart' dan "saya tahu beliau boleh jawab (soalan)".

 

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menjangka ianya akan panas di mana para pemimpin akan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada kabinet, dan isu 1MDB.

 

Malah, belia juga menjangka rakan-rakannya akan menuntut presiden mendedahkan identiti penderma sumbangan RM2.6 bilion, dan juga bagaimana wang itu telah digunakan.

 

Ditanya sama ada Najib harus berterus terang dalam menangani persoalan yang dilontarkan kepadanya, Bung Muktar berkata: 

"Tidak ada rahsia dalam mesyuarat Majlis Tertinggi."

Dalam perkembangan lain, Nazri mempertahankan kritikan keras perwakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin terhadap

 presiden parti.

 

"Umno adalah sebuah parti yang demokratik, dia boleh bercakap apa yang dia mahu. Apa salahnya?"

Menteri itu juga berpendapat bahawa tindakan Anina itu tidak menunjukkan dia tidak hormat kepada pemimpin.

 

"Tidak, dia hanya mahu tahu jawapannya," katanya.

 

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 
 

Lihat Komen
ADS