Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo menggiatkan kempen antirasuah yang selama ini menjadi penghalang kepada ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Jokowi, 54, yang baru membuat rombakan kabinet pada Rabu, berkata beliau mahu memperkasakan institusi-institusi kerajaan bagi menangani masalah jurang kekayaan dan kelemahan penguatkuasaan.

“Kerajaan sedia maklum masih banyak onak dan duri di laluan kita,” kata Jokowi dalam ucapan sambutan prakemerdekaan negara itu di parlimen.

“Kerajaan akan bekerja keras memeranginya”.

Bloomberg melaporkan, Suruhanjaya antirasuah Indonesia, KPK, telah terlibat dalam pertikaian dengan pihak polis, menyebabkan usaha membendung amalan rasuah terjejas, sekali gus populariti Jokowi.

Suruhanjaya itu telah memilih ketua baru KPK.

Aktivis antirasuah, seperti Indonesia Corruption Watch, pula dikatakan sangat kecewa dengan prestasi Jokowi setakat ini.