Program '1 Ayah 2 Ibu' bukan anjuran kementerian
Diterbitkan: Aug 14, 2015 5:37 PM | Dikemas kini: Aug 14, 2015 5:38 PM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini menafikan ia mempunyai kaitan dengan 'Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu' seperti yang tersebar menerusi media sosial.
Kementerian dalam satu kenyataan menyatakan ia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama, logo serta laman web kementerian di poster program tersebut.
"Susulan daripada itu, kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut," tambah kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan meminta penyebarannya dihentikan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.