Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu 1MDB sepatutnya ditangani dengan betul bagi memberi kestabilan terhadap nilai ringgit yang kini menjunam.

Bercakap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Umno Semporna di Sabah hari ini bekas timbalan perdana menteri itu berkata, walaupun Malaysia adalah lokasi yang baik untuk melabur, ahli perniagaan masih mengambil sikap menunggu kerana faktor nilai ringgit yang tak stabil.

"Sebab (mengapa isu 1MDB perlu diatasi) ialah, bukan kerana masalah dolar AS meningkat atau penurunan harga minyak dan komoditi kita sahaja, tetapi yg sebabkan tertekan itu ialah isu politik.

"Isu 1MDB (memberi) kesannya membuat pelabur tak yakin kepada kita. Malaysia tempat yang baik untuk melabur tetapi (mereka) mengambil sikap menunggu terlebih dulu kerana ringgit tak stabil untuk mereka melabur," katanya di depan kira-kira 2,000 ahli Umno bahagian itu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS