Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bangkok berdarah, letupan bom dekat kuil
Diterbitkan:  Aug 17, 2015 9:38 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Sebuah bom meletup di luar sebuah kuil Hindu kecil di tengah-tengah Bangkok, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut polis dan pekerja penyelamat.

Menurut polis, letupan itu berlaku di kuil Erawan di ibu kota Thailand hari ini, lapor Reuters .

“Apa yang boleh saya katakan berlaku letupan di Bangkok tengah melibatkan bom motosikal,” timbalan ketua polis Thailand Aek Angsananond dilapor memberitahu agensi itu.

“Mereka kata ada kematian tetapi butiran lanjut belum dapat disahkan.”

Anggota polis dan pekerja penyelamat berkata 12 orang meninggal dunia manakala media pula melaporkan 20 tercedera.

Thailand terkenal sebagai sebuah negara bergolak.

Tentera memerintah Thailand sejak Mei 2014 selepas berbulan-bulan protes ganas antikerajaan sebelum ini.

Erawan yang terletak berdekatan sebuah hotel terkenal, pusat membeli belah dan pejabat antara tempat utama tumpuan pelancong, terutamanya daripada sekitar Asia Tenggara.

 

Blast rips through Bangkok near Hindu shrine, police say http://t.co/hyy4btVLQe

— CNN Breaking News (@cnnbrk) August 17, 2015

Lihat Komen
ADS