Kira-kira 30 pengundi yang baru berdaftar terpaksa menghadiri pendengaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan terdapat bantahan terhadap kesahihan mereka.

ADUN DAP Teratai, Tiew Way Keng berkata beliau mengesyaki kumpulan itu dari Umno kerana beliau melihat mereka berpakaian seragam biru ketika menghadiri pendengaran itu di pejabat SPR Selangor dengan dua daripada pengundi tersebut pagi semalam.

Selain daripada dua pengundi dari Pandan itu, Tiew berkata, beliau juga mendapati pengundi dari Rawang dan Taman Templer juga turut hadir.

Katanya, mereka dipanggil menghadiri pendengaran itu di bawah Subseksyen 15 (8) Akta Pilihan Raya (Pendaftaran Pengundi), yang membolehkan kesahihan mereka dicabar.

Bagi pengundi Pandan, katanya, salah seorang daripada mereka adalah pengundi baru manakala seorang lagi memohon pertukaran alamat.

Pengundi berkenaan telah mendaftar pada suku pertama tahun 2015. Bantahannya ialah mereka didakwa bukan warganegara dan alamat mereka tidak wujud.

[Baca berita penuh/asal]