Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akhirnya lapangan terbang akan dibina di Perlis
Diterbitkan:  Aug 18, 2015 12:10 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Setelah lama menunggu, negeri Perlis akhirnya akan mempunyai lapangan terbang sendiri yang akan dibina di kawasan Chuping.

Menteri Besar Azlan Man berkata langkah itu diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kawasan itu sebagai hab pembangunan serta merangsang ekonomi negeri.

Azlan berkata demikian dalam ucapan bulanan kepada penjawat awam di Kangar hari ini, lapor Bernama .

Teks ucapannya itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Romli Dai, yang juga melancarkan kempen Jalur Gemilang sempena bulan kebangsaan.

Azlan tidak menyatakan kos projek itu.

Lihat Komen
ADS