Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan melayan peserta BERSIH 4 seperti warga kota biasa selagi mereka menjaga tingkah laku, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Katanya, walaupun bukan bermakna perhimpunan itu dibenarkan, tetapi selagi mereka tidak mengganggu orang awam atau harta benda awam dan kerajaan, perkara itu boleh diterima.

Bagaimanapun, katanya, jika berlaku sebaliknya, beliau percaya DBKL dan pihak polis akan bertindak.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat pagi ini antara DBKL, polis dan BERSIH sebagai penganjur.

Perhimpunan BERSIH akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini serentak di tiga kota. Perhimpunan terbesar akan berlangsung di Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]