Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ku Li terima tawaran PM dari PAS sebelum PRU13'
Diterbitkan:  Aug 20, 2015 9:55 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Umno Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada satu ketika pernah menerima tawaran PAS sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, dakwa bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, menurut Mustafa, disebabkan bantahan PKR yang bertegas mahukan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka PAS akhirnya menerima keputusan PKR atas semangat Pakatan.

Pengarah pilihan raya PAS itu memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam bahawa rancangan awalnya adalah supaya Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri selama tiga tahun jika Pakatan menang pilihan raya, kemudian menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut laporan Sin Chew Daily , PAS memilih Tengku Razaleigh untuk menjadi perdana menteri kerana beliau mempunyai sokongan kuat orang Melayu yang boleh membantu Pakatan untuk menarik lebih banyak undi Melayu, kata Mustafa.

Menurutnya, mereka membuat cadangan itu kepada Tengku Razaleigh dan beliau bersetuju.

"Kami kemudian membawa perkara itu kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, di mana beliau berkata, DAP tidak membantah jika Anwar bersetuju," katanya.

Tambahnya, para pemimpin yang terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Haron Din, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden PAS ketika itu Mohamad Sabu, Anwar, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution.

Katanya, PKR dalam jawapannya dua hingga tiga minggu selepas mesyuarat tersebut, menolak cadangan itu dan bertegas supaya Anwar menjadi perdana menteri.

"Kami menghormati keputusan PKR itu dan membatalkan rancangan tersebut," katanya.

Beliau menekankan bahawa Hadi tidak pernah menentang Anwar menjadi perdana menteri tetapi hanya mencadangkan agar Tengku Razaleigh dan Anwar bergilir untuk menjadi perdana menteri.

Oleh itu, beliau menggesa Lim supaya berhenti bercakap bohong yang Hadi menentang Anwar menjadi perdana menteri.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS