Sebuah gabungan NGO membuat laporan polis menuntut supaya disiasat dakwaan BERSIH menaja peserta himpunan 4.0.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos di IPD Dang Wangi, kira-kira jam 4 petang ini.

Jamal berkata beliau turut menyerahkan maklumat yang diterimanya kepada polis mengenai dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa menerima aduan daripada 32 remaja yang mendakwa mereka telah dijanjikan RM300 untuk menghadiri himpunan BERSIH 4.0.

"Mereka mendakwa menerima RM100 sebagai wang pendahuluan, RM100 lagi apabila hadir ke himpunan itu dan baki RM100 lagi semasa hendak balik.

"Setiap peserta juga akan menerima dua helai pakaian dan makan empat kali sehari," kata Jamal kepada wartawan selepas membuat laporan polis.

Beliau mendakwa wang tajaan itu datang daripada ahli politik dan peniaga.

Semalam, Jamal memberi amaran bahawa gabungan itu akan menghantar 30,000 orang jika BERSIH meneruskan dengan perhimpunannya pada 29 dan 30 Ogos ini.

Jamal turut mencabar BERSIH mendedahkan kepada orang ramai sumber kewangannya.

[Baca berita penuh/asal]