Kit Siang: Jangan berlembut lagi dengan Burma
Ketua Pembangkang Lim Kit Siang menggesa Malaysia dan Asean supaya menarik balik cadangan perlantikan Burma sebagai pengerusi baru Asean selagi kerajaan tentera negara itu gagal memenuhi komitmennya untuk mengembalikan pemerintahan demokrasi.
Ketua Pembangkang Lim Kit Siang menggesa Malaysia dan Asean supaya menarik balik cadangan perlantikan Burma sebagai pengerusi baru Asean selagi kerajaan tentera negara itu gagal memenuhi komitmennya untuk mengembalikan pemerintahan demokrasi.
"Malaysia dan Asean sepatutnya menghantar mesej yang jelas bahawa penggiliran kerusi pengerusi Asean kepada Myanmar (juga dikenali sebagai Burma) pada 2006 akan dibatalkan sekiranya ia gagal memenuhi komitmennya ke arah demokrasi...selepas berlakunya rampasan kuasa terbaru menggulingkan (Perdana Menteri) Jeneral Khin Nyunt," katanya dalam satu kenyataan.
Jeneral Khin Nyunt telah digulingkan Selasa lalu berikutan berlakunya perebutan kuasa yang membabitkan beliau dengan Jeneral Han Shwe iaitu pengerusi Majlis Kedamaian dan Pembangunan (SPDC) yang memerintah Burma.
"Rampasan kuasa menggulingkan Khin Nyunt bukan sahaja akan menjejaskan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengembalikan demokrasi, tetapi turut menimbulkan keraguan terhadap dasar perbincangan konstruktif Asean untuk menjadi Myanmar sebagai pemain yang lebih bertanggungjawab dengan menganggotai (Asean)," kata Lim.
Khin Nyunt, yang menjadi Perdana Menteri Myanmar selama setahun, dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai seorang pemimpin junta yang lebih pragmatik dan dijangka tunduk kepada desakan terhadap pembebasan pro-demokrasi Aung San Suu Kyi.
Lim juga menggesa Malaysia dan Asean supaya menyokong gesaan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan supaya kerajaan Burma membebaskan segera Suu Kyi, timbalan pengerusi parti pimpinannya, U Tin Oo dan kesemua tahanan politik, serta mendesak junta tentera mengadakan dialog politik tiga pihak, dengan pergerakan pro-demokrasi dan kaum-kaun etnik di negara itu.
Parti Liga Nasional Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi telah memenangi pilihanraya umum tahun 1990 tetapi pihak tentera yang memerintah sejak rampasan kuasa tahun 1962 enggan mengiktirafnya.
Gesaan Mahathir
Lim turut mengulangi gesaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, yang mahu Asean berkeras dengan Burma.
"Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir berkata, Myanmar mungkin disingkirkan dari Asean sekiranya kerajaan tenteranya terus mengingkari tekanan dunia supaya membebaskan aktivis demokrasi Suu Kyi, sebagai langkah terakhir," tambah Lim.
Junta Burma telah melantik Jeneral General Soe Win (
gambar
) - yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan berdarah ke atas Suu Kyi dan penyokongnya tahun lalu sebagai Perdana Menteri yang baru.
Serangan tersebut telah mengakibatkan ramai pejuang pro demokrasi dan penyokong Suu Kyi terbunuh, menyebabkanSuu Kyi sendiri tahanan di rumah buat kali ketiganya, selepas yang pertamanya pada 1989.
"Dengan perkembangan terbaru itu termasuk perlantikan Soe Win, yang bertanggungjawab terhadap Pembunuhan Beramai-ramai Depayin pada May 2003, maka sudah tiba masanya bagi ketua-ketua Asean untuk memikirkan secara serius gesaan Dr Mahathir itu," katanya.

