Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan tema yang ditetapkan oleh Putrajaya dalam sambutan kemerdekaan di peringkat negeri dan mengugurkan tema mereka sendiri iaitu "Bersih, Cekap dan Amanah".

Ini berikutan keputusan Kementerian Pelajaran dan angkatan tentera yang enggan menyertai perarakan dengan tema yang asal.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat dengan semangat Hari Kemerdekaan dan juga untuk menjaga maruah yang dipertua negeri.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Keputusan itu dibuat setelah Jabatan Pendidikan negeri, polis dan tentera memutuskan tidak menyertai aktiviti sambutan Hari Kebangsaan negeri.

Tema Hari Kebangsaan 2015 ialah “Sehati Sejiwa”.

Sementara itu, Bernama memetik Lim sebagai berkata: "Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur kepada desakan kerajaan pusat telah menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula. Penghormatan diraja oleh ATM kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah satu kewajipan tradisi sambutan Hari Kebangsaan.

"Atas semangat kemerdekaan dan demi mempertahankan kewibawaan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai ketua negeri ... kerajaan negeri dengan berat hati menarik balik tema 'Bersih, Cekap, Amanah'.

"Kerajaan negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

Lim berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri sememangnya telah menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2010.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS