Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan fungsi dan struktur Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang susulan masalah ketidaktentuan ekonomi.

Dalam pengumuman di Putrajaya itu, sembilan dilantik menganggotai badan yang akan melaporkan terus kepadanya itu, termasuk Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir, tokoh korporat dan adik Najib, terkenal sebagai seorang yang terbuka, berlapik tetapi pedas dalam isu ekonomi dan politik negara ini.

Malah beliau kadang-kadang dilihat berbeza pendapat dengan abangnya itu.

JKE turut dianggotai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Penasihat Suruhanjaya Peraturan Perbankan China Tan Sri Andrew Sheng Len Tao serta Pengerusi Eksekutif Symphony Life BerhadTan Sri Mohamed Azman Yahya.

JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Ketika mengumumkan senarai anggota JKE, Najib berkata jawatankuasa khas berkenaan turut bertanggungjawab menilai isu-isu semasa termasuk berkaitan nilai ringgit, mengekalkan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

"Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya," kata Najib.

Menurut Najib, JKE juga akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal September depan.

JKE ditubuhkan susulan ketidaktentuan kedudukan global masa ini Putrajaya amat memerlukan tindakan responsif dan tegas dalam menangani dan mengurangkan impak terhadap ekonomi negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS