Siasatan John Doe ditangguh lagi
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menangguhkan lagi siasatan kes 'John Doe' yang dijalankan untuk menentukan identiti mayat yang ditemui lima bulan lalu, kerana salah seorang peguambela terbabit, menjalani pembedahan.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menangguhkan lagi siasatan kes 'John Doe' yang dijalankan untuk menentukan identiti mayat yang ditemui lima bulan lalu, kerana salah seorang peguambela terbabit, menjalani pembedahan.
Majistret Nazran Mohd Sham, yang bertindak sebagai koroner, menangguhkan siasatan tersebut untuk kali keempatnya, selepas peguam M Puravelan (
gambar
) tidak hadir.
Puravelan mengalami kecederaan ketika menunggang kuda minggu lalu. Beliau mewakili G Sara Lily yang mendakwa mayat tersebut adalah anak lelakinya G Francis Udayappan.
Peguam CH Oh, yang mewakili Puravelan, memberitahu pemberita bahawa siasatan tersebut, yang bermula 10 Ogos lalu, akan disambung semula Jumaat ini.
Siasatan itu diperintah diadakan selepas Sara Lily mendakwa mayat reput yang ditemui dalam Sungai Klang pada 23 Mei lalu ialah anaknya Francis, berdasarkan kepada tato dan keadaan giginya.
Francis telah ditahan polis dua hari sebelumnya berkaitan dengan siasatan satu kes kecuriaan.
Sara Lily juga mendakwa polis telah memukul anaknya hingga mati dan kemudian membuangnya ke dalam sungai tersebut.
Ujian DNA
Bagaimanapun, pihak polis telah menafikan dakwaan tersebut, dan sebaliknya mendakwa Francis cuba melarikan diri daripada Ibu Pejabat Polis Brickfields, dengan terjun ke dalam sungai berhampiran pada 16 April lalu.
Menurut polis lagi, ujian DNA juga gagal membuktikan kaitan Sara Lily dengan mayat reput tersebut.
Bagaimanapun, ibu Francis itu tetap dengan dakwaannya itu dan menuduhkan Pusat Perubatan Universiti Malaysia telah berpakat dengan pihak polis untuk menutup kes tersebut.
Kes itu ditangguhkan buat pertamakalinya pada 11 Ogos lalu selepas Puravelan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk mengenepi keputusan kroner yang tidak membenarnya mengemukakan soalan ketika siasatan itu didengar.
Mahkamah Tinggi kemudiannya menolak keputusan kroner tersebut dan membenarkan peguam Sara Lily mengemukakan soalan kepada saksi-saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak timbalan pendakwaraya.

