PM: Kibar bendera, jangan politikkan Merdeka
Diterbitkan: Aug 29, 2015 9:00 AM | Dikemas kini: Aug 29, 2015 9:10 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015, Isnin ini.
Najib di dalam catatan terbaharunya di laman sosial Facebook turut menggesa rakyat agar mengenepikan perbezaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan yang merupakan tarikh bersejarah negara.
"31 Ogos adalah hari di mana kita bersama-sama menyambut kemerdekaan, hari yang amat bermakna dalam sejarah negara.
“Ketepikanlah perbezaan, usah mempolitikkan hari yang bersejarah ini. Kita kibarkan Jalur Gemilang bersama!," katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.