Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kepimpinan Umno S'gor digesa bergerak sebagai pembangkang
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 8:00 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Kepimpinan Umno Selangor diingatkan supaya bergerak aktif sebagai 'pembangkang' bagi menarik kembali sokongan rakyat

terhadap Barisan Nasional (BN), sekaligus menawan semula negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin dan anggota UMNO perlu saling hormat-menghormati untuk mengukuhkanparti bagi menebus kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi pakatan pembangkang pada PRU lepas.

"Tidak ada orang lain yang boleh memenangkan UMNO di Selangor melainkan ahli-ahli sendiri.

"Untuk itu, ahli UMNO perlu berfikir sebagai pembangkang, bertindak sebagai parti pembangkang bagi mengembalikan sokongan rakyat (terhadap BN)," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan di Petaling Jaya, malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata sokongan dan dokongan kepada BN perlu bagi membentuk kerajaan baharu di Selangor dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Turut hadir, pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata sekiranya Umno Selangor menang dalam PRU akan datang, beliau akan mencadangkan negeri berkenaan diperuntukkan dua ataupun tiga jawatan menteri kabinet, memandangkan tiada pemimpin BN Selangor yang menyandang jawatan menteri penuh pada masa ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan kesemua pemimpin BN menggerakkan jentera di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan bagi merampas kembali kerusi DUN Taman Medan yang berada di bawah parlimen itu, daripada pembangkang.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua kepimpinan 21 Umno bahagian di Selangor yang meluluskan usul menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri dan presiden Umno.

Katanya, beliau juga menyokong cadangan Umno Selangor yang akan menghimpunkan keseluruhan kepimpinan peringkat akar umbi di suatu tempat, sebelum Perhimpunan Agung Umno hujung tahun ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS