Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Murid lemas cuba selamatkan sepupu
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 9:22 AM
Dikemaskini: 1:25 AM

Seorang murid lelaki tahun enam lemas ketika cuba menyelamatkan sepupunya yang lemas ketika mereka mandi di pantai Desaru, Kota Tinggi petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBK II Abdul Rahim Abdul Rani berkata mangsa ialah Mohamad Jadid Sulman, 12, dari Kampung Majidee yang cuba menyelamatkan Mohamad Shafiq Jasmawi, 12.

"Mangsa cuba menyelamatkan sepupunya tetapi gagal. Sepupunya diselamatkan oleh nelayan berhampiran, manakala mangsa hilang dari pandangan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dijumpai terdampar di tepi pantai antara 10 hingga 20 meter dari lokasi kejadian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS