Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad bersetuju menarik diri daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan semakan perundangan terhadap Lembaga Pengampunan.

Beliau membuat keputusan itu seleas mendengar hujah daripada Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaruddin yang mewakili Anwar, serta peguam kanan persekutuan, Suzana Atan.

Dengan keputusan hari ini, permohonan untuk semakan perundangan dikemukakan bekas ketua pembangkang itu akan didengar oleh hakim lain.

Latheefa berkata secara umumnya hakim bersetuju dengan permohonan dikemukakan mereka dan kes berkenaan dirujuk kepada pihak pentadbiran sebelum dikendalikan hakim lain.

"Hakim Asmabi juga menarik diri daripada saman dikemukakan Anwar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak membenarkannya mengundi di pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya.

Sebelum ini Anwar mengemukakan permohonan supaya Asmabi menarik diri kerana beliau adalah penguam kanan kerajaan sebelum ini.

Asmabi juga mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bekas perdana menteri itu memecat Anwar daripada jawatan timbalannya pada 1998.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS