Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri BERSIH 4 hanya kerana dia kini "orang yang sangat marah" dan kemungkinan tidak boleh berfikir dengan betul, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, tindakan bekas pedana menteri selama 22 tahun itu juga menyebabkan pihak yang bersimpati kepada beliau, kini menjauhinya.

"Ia tindakan luar jangka daripada negarawan seperti beliau.

"Ia (menghadiri BERSIH 4) adalah keputusan sangat mengecewakan dan kita percaya ia boleh dilakukan dengan cara lain," katanya di sidang media di Serdang hari ini.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN mendakwa, tuduhan dibuat Dr Mahathir pada Ahad lalu sesuatu yang "berani" namun mengingatkan ia tidak perlu dilihat secara serius.

"Apabila marah, anda cenderung untuk bercakap sesuatu yang tidak anda maksudkan dengan betul," katanya.

Keadaan sama, kata Abdul Rahman, berlaku pada Dr Mahathir.

Beliau juga berpendapat jika Dr Mahathir mahu bertemu pihak ketiga untuk berbincang, mungkin persefahaman antara bekas perdana menteri dengan kerajaan sekarang dapat diatasi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS