Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Bukit Lada menang saman terhadap SU BN Kedah
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 5:17 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

ADUN Bukit Lada,Datuk Ahmad Lebai Sudin hari ini memenangi kes saman fitnahnya terhadap Setiausaha Kerja BN Kedah, Datuk Ariffin Man di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar mengarahkan Ariffin selaku defendan membayar ganti rugi am RM100,000 dan memerintahkannya memohon maaf secara terbuka.

Defendan juga diarah membayar ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 kepada plaintif.

Ahmad menyaman Ariffin berhubung ucapannya dalam mesyuarat di Dewan Seri Tanjung, Pokok Sena pada 28 September 2013, yang didakwa berniat jahat dan berbaur fitnah terhadapnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS