Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis cari pemijak gambar Hadi
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 6:29 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Dua individu dipercayai terbabit memijak gambar Presiden PAS dan perdana menteri digesa tampil membantu siasatan polis dalam kes itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur hari ini.

Menurut SAC Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua individu itu diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi secepat mungkin.

Memetik keyataan Zainuddin, The Star Online melaporkan, kes berkenaan disiasat pegawai Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu cubaan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Muhammad Noor Mohamad membuat laporan polis mengenai insiden yang menaikkan kemarahan ramai pemimpin serta pengikut parti itu.

Muhammad Noor berkata tindakan mesti diambil kerana gambar yang digunakan dalam insiden itu sudah diubah suai.

Beberapa laporan lain juga dibuat di balai polis hari ini.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula mendakwa peserta BERSIH 4 yang melakukan tindakan itu mesti tampil dan memohon maaf.

Nasruddin juga berkata, lebih baik penganjur, BERSIH 2.0 sendiri mengambil tanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Lihat Komen
ADS