Gempa bumi sederhana di Laut Sulawesi
Diterbitkan: Sep 2, 2015 12:23 PM | Dikemas kini: Sep 2, 2015 12:24 PM
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Laut Sulawesi pada pukul 9.18 pagi ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, pusat gempa berada di 4.4 utara dan 124.8 timur, 698km timur laut Semporna, Sabah serta 202km barat laut Pulau Talaud, Indonesia.
Gempa dengan kedalaman 319km itu tidak menimbulkan ancaman tsunami ke Malaysia, kata kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.