Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam buruan polis ditahan hari ini
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 8:39 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Seorang peguam lelaki yang diburu polis Malaysia selama lebih tiga tahun kerana dipercayai terbabit dalam jenayah komersial, ditahan di negara jiran, Singapura pada jam10 pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan setelah polis Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dan memaklumkan kepada polis Singapura.

"Dia dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dengan menaiki penerbangan dari Timur Tengah kira-kira 8 malam pada Selasa.

"Menerusi perintah mahkamah yang diperoleh, kami akan membawa pulang suspek ke negeri ini untuk siasatan lanjut," katanya tanpa mendedah nama peguam itu, di Johor Bahru hari ini.

Suspek dikehendaki polis Malaysia kerana dipercayai terlibat dengan kes penipuan berjumlah RM660,000.

Dia juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan golongan atasan termasuk kerabat diraja.

- Bernama

Lihat Komen
ADS