Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tak terima permohonan perhimpunan pada hari M'sia
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 6:56 AM
Dikemaskini: 10:58 PM

Polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang dikatakan akan diadakan pada Hari Malaysia 16 September ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata jika perhimpunan itu yang didakwa akan berlangsung di Bukit Bintang benar-benar diadakan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana ia tidak mendapat kebenaran polis.

"Pihak polis sentiasa mengambil tindakan berjaga-jaga dan mengawasi jika terdapat perhimpunan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu itu dikatakan akan disertai oleh ahli Umno dan PAS sebagai tanda solidariti terhadap perbuatan peserta BERSIH 4 yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maklumat berkenaan perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp dan laman blog tempatan semalam.

Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan selama 12 jam bermula 12 tengah hari dengan para peserta akan memakai baju merah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS