Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim menjadi ketua polis negara (IGP) daripada 1 Februari 1973 sehinggalah dibunuh pada 7 Jun 1974.

“Bapa saya buat pengorbanan besar kepada pasukan polis dengan terima tujuh butir peluru.

“Saya tidak nampak IGP lain akan buat macam ini. Kamu nampak?” soal Najib Abdul Rahman, 68, kepada Malaysiakini .

“Oleh sebab itu apabila kepimpinan dalam pasukan polis dibimbangi, saya jadikan bapa saya sebagai penanda aras.”

Abdul Rahman satu-satunya ketua polis ditembak mati di Malaysia. Beliau menjadi korban di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Pembunuhan itu dikaitkan sesetengah pihak dengan ancaman pasukan bersenjata komunis.

Najib menjelaskan tulisannya di Facebook semalam, yang menyaksikan kritikan terhadap IGP baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilontarkan.

Mungkin kamu juga berani...

Dalam siri tulisan itu, Najib mengenang kembali bagaimana sekumpulan ahli politik hadir ke rumah timbalan perdana menteri sebelum ini Tun Dr Ismail Abdul Rahman selepas kematiannya dan berspekulasi berkaitan pengganti.

Tidak senang dengan tindakan kurang sensitif itu, bapanya kemudian tampil dan memberi amaran untuk menangkap jika masih bercakap soal itu.

“Siapa cakap tentang penggantian saya akan tangkap kamu semua,” kata bapanya, menurut Najib yang berada di situ ketika kejadian.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak melihat Khalid mempunyai keberanian sama.

“Mungkin kamu ada (keberanian), tetapi tidak tunjukkan.

“Saya boleh cakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdiri di depan ahli politik,” katanya.

Najib dalam tulisan-tulisan terbarunya membangkitkan isu perpindahan pegawai kanan Cawangan Khas (SB) polis yang menurutnya tidak mendapat pembelaan Khalid.

Beliau juga kelihatan tidak puas hati dengan kenyataan polis hendak menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir ke perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut pengunduran perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS