Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Malaysia perlukan rakyat seperti Anina
Diterbitkan:  Sep 4, 2015 3:44 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Bekas anggota Wanita Umno Kedah, Anina Saadudin diminta terus bercakap benar meskipun tidak disukai oleh sesetengah pihak khususnya pemimpin parti itu sendiri.

“Saya harap saudari akan terus bercakap benar walaupun ia menjadikan saudari tidak disukai oleh sesetengah pihak. Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari.

“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suratnya kepada Anina semalam.

Pesanan itu disampaikan Mahathir ekoran pemecatan Anina sebagai ahli parti Umno awal bulan ini kerana menyaman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Anina dipecat selepas memfailkan saman Jumaat minggu lalu untuk mendapatkan sebahagian daripada sumbangan luar untuk Umno yang dimasukkan ke akaun Najib.

Ujar Tun Mahathir, meskipun beliau berasa sedih dengan pemecatan Anina namun bekas perdana menteri itu bangga wanita itu berani bercakap benar dan tidak merasa takut dituduh pengkhianat.

“Saya bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang berani untuk bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.

“Saya merasa sedih atas pemecatan saudari sebagai ahli Umno oleh setiausaha Agung Umno," kata Mahathir.

Lihat Komen
ADS