Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aylan simbol krisis kemanusiaan Eropah
Diterbitkan:  Sep 5, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Seorang kanak-kanak yang ditemui mati terdampar di pantai Turki, Aylan Kurdi mencetus kemarahan masyarakat dunia ke atas sikap United Kingdom dalam isu pelarian dari wilayah Asia Barat.

Gambar mayat Aylan Kurdi yang tertiarap di tepi pantai itu meledakkan semula isu krisis kemanusiaan dan tuntutan agar kerajaan menerima lebih ramai pelarian.

Ia menjadi fokus utama media rantau Eropah, selepas gambar tersebut disebarkan secara meluas di laman sosial.

Isu berkenaan juga memusatkan lagi tekanan ke atas kerajaan di rantau tersebut, termasuk UK, ekoran kematian lebih 2,000 pelarian yang cuba menyeberangi laut Mediterranean untuk melarikan diri dari wilayah bergolak Syria.

Aylan Kurdi, 3, maut bersama ibu, abang dan sekurang-kurangnya sembilan pelarian lain apabila bot yang dinaiki mereka karam, lapor media antarabangsa.

Mereka dilaporkan terpaksa melakukan pelayaran dari Turki ke Pulau Kos, Greece kerana gagal memperolehi status pelarian dari kerajaan Kanada untuk memasuki negara itu.

Kes berkenaan malah menyebabkan menteri imigresen Kanada menangguhkan kempen pilihan rayanya untuk menyiasat sebab permohonan keluarga Aylan Kurdi ditolak.

Lihat Komen
ADS