Sewaktu keadaan kecoh bertambah buruk ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 2011, seorang paramedik muda berpakaian putih diberitahu supaya tidak membantu para peserta yang tercedera berdekatan dengannya.

Ketika itu, paramedik muda itu berada di kawasan Pudu - kawasan yang paling teruk pertempuran antara peserta dan pihak polis. Dan di depannya, ada seorang lelaki yang berdarah di dahi akibat dipukul dengan objek keras.

Bagaimanapun, arahan yang diterimanya pada ketika itu ialah "anda tidak dibenarkan untuk menyentuh mangsa".

Tetapi, paramedik muda itu tidak mendengar arahan yang diberikan.

Empat tahun selepas itu, pada perhimpunan BERSIH 4, paramedik yang sama, Tan Gengta kembali di bertugas.

Kali ini dengan seragam yang berlainan iaitu baju uniform berwarna hitam dan beliau menyelaraskan satu pasukan seramai 218 individu seperti kakitangan perubatan untuk memberi rawatan peserta himpunan.

Pemuda berusia 35 tahun itu, menyelamatkan nyawa manusia adalah seruan yang didengari sejak berusia lapan tahun. Ketika itu, beliau melihat mendiang bapanya menggunakan sapu tangan untuk menghentikan pendarahan penunggang motosikal yang tidak dikenali.

"Kami boleh menunggu ambulan tetapi tanpa berlengah, dia (bapa) hanya menghentikan keretanya di tepi dan berlari keluar menuju ke arah pesakit, dan kemudian menunggu sehingga ambulan datang. Dan selepas itu barulah kami menyerahkan pesakit itu kepada pemandu ambulan.

"Saya dapati, ia satu kerja yang mulia. Ia membantu dan menyedarkan saya bahawa saya mahu menjadi seorang pegawai perubatan," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini pada Jumaat.

Sesiapa yang berada sekitar Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 4 mungkin ternampak Tan. Beliau seorang lelaki yang mempunyai potongan rambut yang bergaya, memakai jaket ves berwarna hijau muda beserta tanda nama di uniformnya itu.

Bersamanya juga terdapat pelbagai beg di sekeliling pinggang beserta tanda merah di bahunya bagi menunjukkan beliau memimpin pasukan perubatan nombor tujuh.

Tetapi, menjadi individu yang paling depan ketika demonstrasi besar-besaran sudah pasti menjadi perhatian, tetapi anak muda dari Teluk Intan itu sebenarnya tidak selesa apabila menjadi perhatian.

Bagaimanapun perasaan itu kemudian hilang selepas beliau bercakap mengenai perjalanannya menjadi seorang paramedik.

[Baca berita asal]