Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis larang demo 'Baju Merah' 16 Sept
Diterbitkan:  Sep 7, 2015 11:41 AM
Dikemaskini: 4:27 AM

Polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan.

Larangan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini, seperti dilaporkan Bernama .

Perhimpunan dirancang di Bukit Bintang itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

Utusan Malaysia melaporkan, perhimpunan balas golongan "berbaju merah" itu didukung oleh banyak NGO Melayu.

Ia digerakkan oleh pemimpin Umno akar Umno Jamal Md Yunos yang menggunakan platform "Gabungan NGO-NGO Malaysia".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS