Tragedi menjelang Aidiladha: 61 mayat ditemui
Enam puluh satu mayat sudah ditemui susulan tragedi tenggelamnya sebuah kapal kayu yang membawa berpuluh-puluh pendatang haram Indonesia, kata pihak berkuasa maritim.
Mayat yang terkorban kebanyakan lelaki, termasuk seorang bayi, kata Pengarah Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kapten Maritim Robert Teh kepada Reuters .
Hanya 20 orang dipercayai selamat dalam nahas khamis lepas itu.
“Jika tiada mayat ditemui, kami mungkin tamatkan operasi mencari dan menyelamat esok,” Teh dipetik sebagai berkata kepada agensi berita itu.
Bot itu dipercayai terbalik susulan cuaca buruk. Ia membawa warga Indonesia pulang untuk menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
Seorang mangsa, Asminah (satu nama), antara yang mengikuti pelayaran itu, yang pertama dalam tempoh tiga tahun. Anak sulungnya berkata hanya beliau yang tahu tentang kepulangannya itu.
“Dia mahu buat kejutan kepada anggota keluarga,” katanya.
Dianggarkan terdapat enam juta rakyat Indonesia di negara ini, sama ada yang berdaftar atau tidak.
Kebanyakan mereka bekerja dalam bidang pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembantu rumah.

