Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasukan petugas khas siasat kehilangan Morais
Diterbitkan:  Sep 8, 2015 12:36 AM
Dikemaskini: 4:39 PM

Polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di

Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan hal ini ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pasukan itu.

Sementara itu, polis masih tidak menjumpai sebarang bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta terbakar dipercayai milik Morais di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak semalam.

Zainuddin bagaimanapun berkata siasatan masih diteruskan dan kereta milik mangsa masih belum ditemui.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS