Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tempelak pengulas dakwa mereka lemah
Diterbitkan:  Sep 8, 2015 2:30 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

PAS tampil menempelak golongan pengulas politik yang mendakwa parti Islam itu semakin lemah susulan wujudnya parti serpihan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM).

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Ahmad Amzad Hashim berkata golongan itu mungkin dipengaruhi pandangan di dada akhbar.

“Pengulas politik yang menyatakan PAS semakin lemah barang kali mengalami keracunan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakin i atau The MaIaysian Insider .

“Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan. Hanya ada berapa kawasan yang dikatakan bermasalah dengan GHB? 16 kawasan?” soalnya.

Dalam tulisan di Harakahdaily semalam, Ahmad Amzad juga membangkitkan isu keanggotan PPM yang dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

“Pergi tengok dan nilaikan sendiri. Jangan ‘hentam keromo’ dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agung PAS yang kini melebihi 9,000 setiap bulan,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan “kajian bebas yang lebih konklusif” oleh mana-mana pihak termasuk pengkaji sains politik

“Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitu orang-orang Islam yang lebih 90 peratus berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara Umno dengan PAS sahaja,” katanya sambil mendakwa PPM akan menjadi pemecah undi pilihan raya.

PPM kini dalam usaha menukar nama kepada Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Parti itu juga menjadikan Islam sebagai ideologi politik tetapi mendakwa lebih inklusif selain bukan Islam dibenarkan menjadi anggota penuh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS