1MDB kesal 'spekulasi' Nazir tentang penasihat
1MDB hari ini berkata ia kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh tokoh korporat terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengenai peletakan jawatan salah seorang penasihatnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat milik kementerian kewangan itu berkata Nazir, yang merupakan pengerusi kumpulan CIMB, tidak mempunyai semua maklumat mengenai perkara itu.
1MDB berkata pihaknya kesal bahawa hari ini, pihak ketiga seperti Nazir Razak, yang menurutnya tidak ada pengetahuan secara langsung mengenai fakta-faktanya, mengeluarkan pandangan berunsur spekulasi mengenai kenyataan tertentu yang dibuat pada 7 September oleh Tan Sri Abdul Samad Alias, bekas ahli lembaga penasihat 1MDB.
Semalam Abdul Samad (gambar) dilaporkan mendedahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB selepas permintaannya yang berulang kali untuk mendapatkan maklumat kewangan syarikat itu tidak dilayan.
Nazir, yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dalam post Instagram hari ini, antara lain bertanya sama ada benar sebab Abdul Samad meletak jawatan itu.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.