Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketika ura-ura Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat esok, seorang lagi pemimpin Umno tampil menegaskan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok akan berlangsung seperti biasa.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata mesyuarat esok adalah perbincangan biasa dan tiada perkara luar jangka akan berlaku.

“Sama seperti seperti mesyuarat Majlis Tertinggi yang lain dan saya tak nampak ada perkara di luar jangkaan.

“Kalau semalam Mesyuarat Biro politik pun berlangsung dengan baik dan biasa-biasa sahaja jadi (esok) tidak ada apa-apalah,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, ketika banyak pihak menjangkakan suasana panas, mesyuarat pertama Muhyiddin selepas digugurkan daripada kabinet, bersama Umno di Putrajaya berlangsung seperti biasa.

Sebelum ini, mesyuarat hari ini dijangka panas memandangkan tersebar khabar angin sejak beberapa hari yang mendakwa beberapa pemimpin Umno akan dipecat dalam mesyuarat MT esok.

MT akan bermesyuarat esok selepas tiga bulan ditangguhkan kerana ketegangan ekoran rombakan kabinet.

Sebelum ini kelihatan usaha melobi dibuat supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin setelah mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri.

Sementara itu, seorang lagi anggota MT Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula ketika dihubungi senada dengan rakan sejawatnya itu.

“Setahu saya mesyuarat biasa. Setakat yang saya tahu, saya yakin tidak ada (pemecatan),” katanya kepada Malaysiakini .

Lihat Komen
ADS