Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Arul jumpa Samad bincang hal syarikat
Diterbitkan:  Sep 8, 2015 6:11 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda menemui bekas penasihatnya, Tan Sri Abdul Samad Alias pada bulan Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.

"Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

"Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, 1MDB berkata syarikat berkenaan tidak menerima sebarang 'permintaan berulang' untuk memperoleh maklumat seperti yang didakwa oleh Abdul Samad (gambar).

Ia berkata penyata kewangan 1MDB yang telah diaudit merupakan dokumen yang boleh diakses oleh orang awam, dan syarikat sudah pasti dapat berkongsi dokumen itu dengan Abdul Samad jika permintaan dibuat atau dibuat beberapa kali seperti didakwa oleh Abdul Samad.

Abdul Samad juga mempunyai maklumat mengenai anggota lembaga pengarah 1MDB, termasuk nombor telefon mudah alih Arul, kata syarikat pelaburan strategik itu.

"Bagaimanapun, 1MDB akan menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Abdul Samad.

"Lembaga Pengarah 1MDB hari ini menghantar surat kepada Abdul Samad untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang dan menjelaskan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan beliau," katanya IMDB.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS