Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: MT Umno berakhir, tiada 'lebam'
Diterbitkan:  Sep 9, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mesyuarat yang berlangsung selama dua jam tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang kekecohan.

"Mesyuarat baik saja tak ada pergaduhan.

"Kalau bergaduh mesti keluar lebam-lebam," katanya ringkas kepada pemberita selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi sebentar tadi.

Mesyuarat hari ini panas susulan tersebarnya khabar angin sejak awal minggu bahawa beberapa pemimpin, termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin dipecat.

Sebelum itu, Shahidan diraikan oleh lebih 200 penyokong Umno yang hadir di perkarangan PWTC bagi mengikuti secara dekat perkembangan mesyuarat yang berlangsung.

Rata-rata penyokong menjerit mengatakan "Hidup Umno".

Malah, ada dikalangan mereka meminta pemimpin Umno turun bersama-sama rakyat pada "Himpunan Melayu Bersatu" yang dijadual berlangsung 16 September ini.

Antara pemimpin Umno yang diminta berbuat demikian adalah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Bung Mokhtar Raden dan Datuk Seri Mustafa Mohamed.

"Ini pemimpin Umno mesti turun 16 Sepetember," kata salah seorang penyokong parti itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS