Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung penganjuran "Himpunan Melayu Bersatu" pada 16 September ini.

Beliau bersama beberapa pergerakan sayap negeri itu hadir pada kira-kira jam 1.00 petang dan keluar kira-kira dua jam kemudian.

Menurutnya lagi, beliau tidak menyokong perjuangan BERSIH dan himpunan yang dianjurkan baru-baru ini, dan juga menafikan menjadi penganjur kepada himpunan 16 September ini.

"Saya bukan penganjur pada 16 September ini dan bukan juga salah seorang jawatankuasa kepada perhimpunan yang direncanakan itu.

"Saya juga tidak tahu apa yang dirancang dalam perhimpunan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Mengenai sokongan pada himpunan 'Baju Merah' itu, Razlan berkata pihaknya sedia untuk mengerakkan ahlinya sebagai membantah tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan 34 jam pada hujung bulan lalu.

Menurutnya lagi, sekiranya perhimpunan itu diteruskan, ia perlu dilakukan dengan mengikut peraturan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita perlu tunjukkan rakyat majoriti kita pun tidak suka dengan BERSIH bukan maksudnya kita turun ke jalanan itu kita melakukan kesalahan juga tetapi kita kena beritahu pada rakyat yang kita ada sokongan rakyat," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS