Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta tempoh enam bulan untuk menyelesaikan masalah 1MDB melalui pelan rasionalisasinya.

Mengakui masalah agensi tajaan penuh kerajaan itu membimbangkan rakyat, Najib berjanji untuk mengatasi masalah itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Najib berkata, beliau juga sudah diberi penjelasan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkenaan isu itu.

"Saya telah diberi penjelasan tentang kedudukan semasa (1MDB) dan saya mohon tempoh enam bulan untuk kita mengurangkan hutang 1MDB dan menyelesaikan beberapa perkara tentang proses rasionalisasi dilaksanakan," katanya.

Najib bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.

Lihat Komen
ADS