Web promosi demo Baju Merah disekat 'jika haram'
Laman web yang mempromosikan perhimpunan baju merah anti-BERSIH akan disekat, jika protes itu dianggap haram.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata beliau akan menunggu pengumuman rasmi dari pihak polis mengenai perkara itu.
"Kami akan memantau laman web seperti yang kita lakukan semasa BERSIH 4. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan sekiranya perhimpunan itu adalah haram.
"Setakat ini pihak polis masih belum membuat keputusan dan saya dimaklumkan pihak penganjur masih memohon kelulusan," kata Salleh ( gambar ) kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta pihak penganjur perhimpunan itu untuk mencari stadium dan di luar pusat bandar Kuala Lumpur.
Timbalannya Datuk Noor Rashid Ibrahim mengumumkan pada 7 September bahawa perhimpunan tersebut adalah haram.
SKMM sebelum ini menyekat dua laman web yang mempromosikan perhimpunan BERSIH 4.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.