mk-logo
Berita
Parlimen dunia mana tak benar undi tak percaya?

Pembangkang menolak penjelasan speaker bahawa tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan anggota parlimen pembangkang membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Parlimen mana dalam dunia yang tidak benarkan usul tidak percaya,” kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Beliau berkata seseorang perdana menteri dipilih berdasarkan keyakinan majoriti anggota parlimen dalam dewan.

Justeru, katanya, jika berlaku perubahan pada majoriti itu, harus terdapat sebuah proses supaya perubahan boleh dilakukan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam sekali lagi menjelaskan tiada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang menyebut ahli parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Tiada langsung dalam peraturan.

"(Jadi) Bolehkah saya atas nama demokrasi, demokrasi barat, buat-buat peraturan mesyuarat itu? Itukan nampak bodoh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Pandikar juga menegaskan bahawa setakat semalam, beliau belum menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS