Jualan sektor pembuatan jatuh RM0.6 bilion

Bernama        

Nilai jualan sektor pembuatan pada Julai 2015 turun sebanyak 1.2 peratus (RM0.6 bilion) kepada RM54.2 bilion daripada RM54.8 bilion dalam bulan yang sama pada tahun lepas.

Dari bulan ke bulan, ia mencatatkan penurunan sebanyak 0.1 peratus (RM0.1 bilion) berbanding bulan sebelumnya.

Tahun ke tahun, pengurangan dalam nilai jualan bagi bulan dikaji adalah disebabkan kemerosotan dalam 52 daripada 138 industri yang dikaji, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Perangkaan Pembuatan Bulanan, di Kuala Lumpur, Khamis.

"Berdasarkan musim yang diselaraskan dari bulan ke bulan, nilai jualan dalam Julai 2015 menyusut sebanyak 1.9 peratus," katanya.

Jabatan itu berkata jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan bagi bulan itu ialah 1.023 juta, susut sebanyak 0.7 peratus berbanding dalam bulan yang sama pada tahun lepas. Dari bulan ke bulan, jumlah pekerja berkurangan sebanyak 0.04 peratus kepada 1.024 berbanding bulan sebelumnya.

Bagi gaji dan upah untuk bulan ke bulan, Julai 2015 mencatatkan kemerosotan sebanyak 1.9 peratus (RM58.7 juta) kepada RM2.97 juta.

Bagi tahun ke tahun, gaji dan upah yang dibayar pada Julai meningkat sebanyak 3.4 peratus (RM98.8 juta) berbanding bulan yang sama dalam tahun sebelum ini.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In