G25: Kes pindah ke JPM 'luar biasa'
Kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) menyifatkan pemindahan pegawai polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini sesuatu yang “luar biasa”.
“Ia luar biasa, terutamanya apabila mereka tidak ikut prosedur betul.
“Ia bukan boleh dibuat hanya oleh ketua jabatan,” kata jurucakap G25 Noor Farida Ariffin, yang juga seorang pesara kerajaan, kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Noor Farida juga menceritakan pengalaman sendiri bagaimana beliau berpindah daripada perkhidmatan undang-undang kepada kepada kor diplomatik.
Untuk itu, katanya, kebenaran beberapa pihak diperlukan, termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
“Mereka harus luluskan perpindahan saya,” katanya yang keberatan bercakap secara jelas sama ada kemelut baru-baru ini tidak wajar.
“Kamu boleh buat kesimpulan sendiri,” katanya.
Beliau mengulas kontroversi sekitar arahan perpindahan terhadap timbalan pengarah Cawangan Khas polis Abdul Hamid Bador dan dua pegawai kanan SPRM sebelum ini yang kemudian dibatalkan.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.