Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberi peringatan kepada wartawan media alternatif supaya menulis dengan baik dan jangan sampai boleh meruntuhkan negara.

“Saya berharap kumpulan wartawan bukan arus perdana, menyedari kebebasan mereka itu dan jangan sampai meruntuhkan negara yang telah kita bina.

"Walaupun berbeza medium, kita tak boleh hina dan jatuhkan orang lain. Itulah yang keluar dari jari kita, jangan main kotor," kata Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penganugerahan tokoh wartawan negara, hadiah kewartawan negara Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas 2014 di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Malah, menteri dalam negeri itu mahu wartawan media alternatif mencontohi media arus perdana dari segi menjaga etika kewartawan dalam membuat liputan serta menerbitkan laporannya.

“Mereka di media (alternatif) harus belajar dari media arus perdana. Walau berbeza pendapat tapi tak mengaibkan orang lain," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS