Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seminggu sebelum berlangsungnya perhimpunan Baju Merah pada 16 September depan, penganjurnya Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Bercakap dalam sidang media petang ini, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata terdapat dua wakil dari Pesaka yang hadir namun mereka bukanlah jurucakap kepada persatuan silat itu.

“Ada dua orang wakil Pesaka yang hadir dalam sidang media tapi mereka bukannya juru cakap Pesaka,” katanya.

Ditanya mengapa Pesaka tidak mengeluarkan kenyataan berhubung penganjuran himpunan tersebut, Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besatr berkata:

"Pesaka tunggu pihak polis beri permit untuk berhimpun terlebih dahulu namun sekiranya polis tidak beri permit kita tetap akan turun berhimpun sempena Hari Malaysia."

Beliau menjangkakan seramai 300,000 akan turun ke perhimpunan itu dan 30,000 daripada yang hadir adalah dari NGO-NGO Melayu.

Perhimpunan itu akan berlangsung pada 11 pagi sehingga 12 malam, bermula dari Bukit Bintang melalui ke Jalan Petaling dan berakhir di Padang Merbok.

Atur cara penuh mengenai perhimpunan ini akan diumumkan dalam sidang media seterusnya, kata Jamal lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS