Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat S'pura keluar mengundi hari ini
Diterbitkan:  Sep 11, 2015 8:30 AM
Dikemaskini: 1:04 AM

Seramai 2.4 juta pengundi berdaftar akan keluar mengundi dalam pilihan raya umum Ke-13 Singapura hari ini.

Sebanyak 832 pusat mengundi di seluruh Singapura dibuka mulai 8 pagi dan akan ditutup pada jam 8 malam.

Sebanyak 18 pusat perhimpunan disediakan untuk membolehkan calon, penyokong parti politik dan orang ramai berkumpul untuk menunggu pengumuman keputusan pilihan raya selepas pengundian ditutup.

Calon daripada sembilan parti politikk termasuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah bersaing untuk merebut 16 Kawasan Kumpulan Perwakilan PilihanRaya (GRC) dan 13 Kawasan Pilihan Raya Berkerusi Tunggal (SMC) untuk mengisi 89

kerusi Parlimen.

Lapan lagi parti yang bertanding ialah Parti Pekerja (WP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Reformasi (RP), Parti Warga Diutamakan (SF) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Persaingan kali ini juga menyaksikan penampilan dua calon Bebas iaitu Han Hui Hui dan Samir Salim Neji yang berharap untuk memperoleh keputusan yang baik dalam pilihan raya yang dianggap sebagai paling komprehensif dan penting dalam

sejarah Singapura sejak 1965.

Perhatian dijangka tertumpu kepada beberapa kerusi panas antaranya, GRC Al-Junied lima anggota (WP ialah penyandang) dan GRC East Coast empat anggotayang menyaksikan perebutan antara PAP dan WP.

Ketua WP Low Thia Khiang, pengerusi parti Sylvia Lim, Chen Show Mao, Pritam Singh dan Muhamad Faisal Abdul Manap akan mencabar anggota Parlimen empat penggal dari PAP, Yeo Guat Kwang, Victor Lye, Chua Eng Leong, K. Muralidharan

Pillai dan Shamsul Kamar.

East Coast ialah GRC paling merosot yang dimenangi oleh PAP pada 2011.

Bagi GRC Ang Mo Kio (enam kerusi), Setiausaha Agung PAP, Lee Hsien Loong merangkap Perdana Menteri dan pasukannya Intan Mokhtar, Koh Poh Koon, Gan Thian Poh, Ang Hin Kee, Darryl David akan dicabar oleh M Ravi, Osman Sulaiman, Roy

Ngerng, Gilbert Goh, Jesse Loo, Siva Chandran.

GRC Holland-Bukit Timah (empat kerusi) akan menyaksikan calon PAP iaitu Vivian Balakrishnan, Christopher de Souza, Liang Eng Hwa, Sim Ann ditentang oleh calon-calon SDP iaitu Chee Soon Juan, Paul Tambyah, Chong Wai Fung, Sidek

Mallek.

Chee, Setiausaha agung SDP bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya dalam masa 14 tahun selepas dilepaskan daripada status kebankrapan pada 2012.

Tanjong Pagar, kubu kuat PAP semasa pemerintah mendiang Kuan Yew yang meninggal dunia pada Mac tahun ini, kini menyaksikan pertandingan.

Beberapa penyandang PAP akan menghadapi tentangan daripada kumpulan SingFirst di Tanjong Pagar buat kali pertama sejak 1991.

Sementara itu, beberapa isu seperti kos sara hidup, imigresen, pengangkutan,jurang gaji, perumahan dan kesihatan ditimbulkan semasa berkempen.

Tiga Kawasan Pilihan Raya Berkerusi Tunggal (SMC) - Bukit Batok, MacPherson dan Radin Mas - akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

- Bernama

Lihat Komen
ADS