Malaysiakini BERITA

Pesaka: Baju Merah bukan kami

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam hari ini berkata perhimpunan dianjurkan pertubuhan itu pada 16 September ini tidak ada kena mengena dengan program Himpunan Maruah Melayu.

Justeru, Ali berkata mana-mana pihak yang mahu mencetuskan keganasan atau kebencian kaum perlu menjauhi acara itu diminta jangan menghadirinya.

"Mana-mana (pihak) yang marah berdasarkan perkauman, yang nak buat kacau, jangan hadir," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Himpunan Maruah Melayu - digelar Himpunan Baju Merah - dijadual diadakan pada 16 September ini dan Pesaka pernah dikaitkan sebagai penganjur.

Ali berkata, sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan Pesaka berkenaan tidak semestinya memakai baju merah.

"Anda boleh pakai apa saja. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan," kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

[Baca berita asal]