Hari Raya Aidiladha disambut 24 Sept

Bernama        

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 Sept 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In